Koleksi Gambar / Aktiviti · Program Pengawasan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- JAS NEGERI SEMBILAN PASANG ALAT PENGUKUR KUALITI UDARA SUSULAN KEBAKARAN KILANG KARPET NILAI 3
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- DOE Negeri Sembilan
- Lokasi
- Nilai, Negeri Sembilan
Penerangan
21 FEBRUARI 2025, NILAI – Kebakaran sebuah gudang karpet di Nilai 3 telah berlaku awal pagi ini. Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan telah memasang alat pengukur kualiti udara bagi memantau kualiti udara kawasan sekitar. Dua (2) alat dipasang dikawasan berhampiran kejadian iaitu di SMK Nilai Impian serta berhampiran dengan kawasan perumahan Laman Delfina. Sehingga 6.00 petang hari ini, bacaan kualiti udara masih dalam keadaan terkawal. Orang ramai boleh melayari laman sesawang https://eqms.doe.gov.my bagi mengetahui bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) terkini.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan aktiviti di luar sekiranya kualiti udara tidak baik. Sebarang aduan boleh hubungi di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke aduan_k@doe.gov.my atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my/eaduan/index.php.
#KementerianSumberAsliDanKelestarianAlam
#JabatanAlamSekitar
#jasn9
#AlamSekitarTanggungjawabBersama