Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- OPS BERSEPADU JABATAN ALAM SEKITAR MELAKA BERSAMA PASUKAN GERAKAN AM (PGA) MELAKA KE ATAS PREMIS PELEBURAN SISA LOGAM (SCRAP METAL) DI KAWASAN PERINDUSTRIAN BUKIT RAMBAI
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- JAS NEGERI MELAKA
- Lokasi
- MELAKA
Penerangan
17 FEBRUARI 2025, BUKIT RAMBAI - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah menyertai Ops Bersepadu di kawasan perindustrian Bukit Rambai, Melaka yang diketuai oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Negeri Melaka pada 15 Februari 2025 bermula jam 9.30 pagi sehingga 12.30 tengahari.
Sebuah premis peleburan sisa logam (scrap metal) telah diperiksa semasa Ops Bersepadu tersebut. Susulan pemeriksaan tersebut, JAS telah mengenakan Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) dibawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Akta 127 ke atas kelengkapan premis berkenaan melibatkan bahan mentah, produk, mesin, jentera dan lain-lain kelengkapan premis dengan anggaran RM 2,756,600. Dalam pada itu, kertas siasatan akan dibuka bagi setiap kesalahan yang dilakukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka memandang serius sebarang jenis pencemaran alam sekitar dan diharap kes ini dapat menjadi iktibar dan contoh tauladan kepada penjenayah alam sekitar diluar sana. Sebarang aduan boleh hubungi di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke aduan_k@doe.gov.my atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my/eaduan/index.php.