PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

KEMPEN KITAR SEMULA E-WASTE DAN PAMERAN KESEDARAN ALAM SEKITAR BERSAMA KOMUNITI MASJID

QARYAH MASJID PERMATANG KUANG 19/03/2025 0 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KEMPEN KITAR SEMULA E-WASTE DAN PAMERAN KESEDARAN ALAM SEKITAR BERSAMA KOMUNITI MASJID
Tahun
2025
Organisasi
QARYAH MASJID PERMATANG KUANG
Lokasi
MASJID PERMATANG KUANG,PENAGA

Penerangan

KEPALA BATAS, 23 Februari 2025 – Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang telah menjalankan Kempen E-Waste dan pameran sempena program gotong royong anjuran Qaryah Masjid Permatang Kuang, Penaga. Kempen Kitar Semula E-Waste mendapat sambutan hangat dan telah berjaya mengumpulkan sebanyak 405.7 kilogram E-Waste dari pelbagai jenis peralatan elektik dan elektronik seperti telefon bimbit, komputer riba, kipas dan barangan elektrik kecil yang tidak lagi digunakan atau telah rosak oleh komuniti setempat. Kempen dan pameran ini merupakan langkah proaktif dalam mendidik masyarakat tentang kepentingan menguruskan buangan elektik dan elektronik dengan betul, sekaligus mengurangkan pencemaran alam sekitar. Adalah diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan untuk meningkatkan lagi kesedaran berkaitan pemuliharaan alam sekitar dalam kalangan komuniti penduduk setempat. #nres #jabatanalamsekitar #jaspulaupinang #alamsekitartanggungjawabbersama #jaspp_februari2025