Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- OPS GERAK KEBANGSAAN DI NEGERI MELAKA
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- JAS MELAKA
- Lokasi
- NEGERI MELAKA
Penerangan
27 FEBRUARI 2025, Lebuh AMJ - Sg Rambai, Jasin, Melaka,
Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah menjalankan Ops Gerak Kebangsaan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bahagian Trafik, IPD Trafik Jasin bertempat di Lebuh AMJ Jasin, Melaka.
Semasa operasi, penguatkuasaan dijalankan terhadap 49 kenderaan bermotor bagi pematuhan pelepasan kenderaan berenjin diesel dan petrol.
Sebanyak 5 tawaran kompaun dan 5 notis arahan bawah Seksyen 48A, AKAS telah dikeluarkan.
Orang ramai diminta untuk membantu Jabatan Alam Sekitar dengan melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau email ke aduan_k@doe.gov.my dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.
#KementerianSumberAslidanKelestarianAlam
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasnegerimelaka