Koleksi Gambar / Aktiviti ยท Program Kesedaran
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PENGHANTARAN TONG EWASTE- PROGRAM PENGUMPULAN BUANGAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK (E-WASTE) SEMPENA BULAN RAMADHAN DI MASJID SAIDINA UMAR AL-KHATAB DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- JASWPKL
- Lokasi
- Masjid Umar Al-Khatab, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Penerangan
17 MAC 2025, WP KUALA LUMPUR - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) dengan kerjasama Tierra Resources telah menghantar Tong-Tong E-waste bagi menjayakan Program Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik (E-waste) sempena bulan Ramadhan di Masjid Umar Al-Khatab, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Program ini bertujuan untuk menggalakkan komuniti dan orang awam peka terhadap kaedah pengurusan e-waste secara lestari dan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan kitar semula.
"E-WASTE DIKITAR, BUMI TERPELIHARA"