Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- LAPORAN HARIAN RONDAAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR CAWANGAN SEPANG PADA 11 MEI 2025
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- JAS SELANGOR CAW. SEPANG
- Lokasi
- SEPANG, SELANGOR
Penerangan
Sebahagian premis industri di kawasan rondaan didapati beroperasi, manakala sebahagian lagi tidak beroperasi disebabkan cuti hujung minggu. Sepanjang rondaan, tiada pencemaran atau pelepasan air (efluen) yang mencurigakan dikesan. Keadaan cuaca adalah mendung dan berawan sepanjang rondaan dijalankan.
Rondaan di sekitar Kawasan Perindustrian Lorong Sukepi 1, Kawasan Perindustrian Sungai Sedu, dan Mahkota Industrial Park mendapati tiada aktiviti pembakaran terbuka atau pelepasan asap hitam yang ditemui di kawasan tersebut. Seterusnya, rondaan di sekitar Jalan Galaksi 2, Bandar Mahkota mendapati kawasan tersebut berada dalam keadaan baik, tanpa sebarang pelepasan asap, pencemaran bau hangit, atau bau kimia.
Secara keseluruhannya, keadaan di lokasi yang dironda adalah baik dan terkawal. Pemantauan secara berkala dan masa ke semasa akan diteruskan untuk memastikan keadaan alam sekitar sentiasa terjaga. Mohon maklum mengenai rondaan yang dijalankan pada hari ini dan usaha pemantauan akan terus dipertingkatkan.