PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Digital / Penerbitan & Media

RONDAAN DARAT BAGI OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DAN SiASATAN ADUAN DI DAERAH KULIM, KEDAH 3 Mei 2025– Kulim, Kedah. Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Kulim telah menjalankan Rondaan Darat bagi Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) di kawasan Kulim, Padang Serai, Merbau Pulas Kuala Ketil Dan Kuala Pegang di Daerah Baling. Siasatan susulan kes aduan dilakukan di Padang Serai. Sementara itu, pemantauan sungai dijalankan di sekitar Sungai Ketil. Pemantauan yang dijalankan ini adalah bertujuan mengesan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran kepada alam sekitar dan risiko kesihatan kepada orang awam termasuk pembakaran terbuka, pelupusan haram buangan terjadual, pelepasan efluen dan pelepasan bendasing ke udara ole premis-premis yang tidak mematuhi had yang telah ditetapkan oleh JAS. Kesalahan pembakaran terbuka boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A, AKAS, 1974 dan sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada dua puluh lima ribu ringgit (RM25,000.00) dan tidak melebihi satu juta ringgit (RM 1 juta) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya sekali dan boleh dikenakan denda tambahan tidak melebihi lima ribu ringgit (RM 5,000.00) bagi tiap-tiap hari kesalahan itu dilakukan selepas suatu notis diserahkan atau boleh dikenakan kompaun dengan suatu jumlah wang tidak melebihi lima puluh peratus(50%) daripada denda maksimum. Orang ramai adalah diminta untuk menyalurkan sebarang maklumat mengenai aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau emailkan kepada aduan_k@doe.gov.my atau ke portal aduan Jabatan Alam Sekitar, https://eaduan.doe.gov.my. #NRES #jabatanalamsekitar #jaskedah #jaskulim #alamsekitartanggungjawabbersama

- 21/05/2025 14 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk

Subjek
mei2025
Tahun
2025
Bahasa
MY