Koleksi Digital / Penerbitan & Media
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- RONDAAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI NEGERI KEDAH SEMASA CUTI MINGGUAN 09 Mei 2025 - Daerah Kota Setar, Yan, Pendang, Kubang Pasu dan Pokok Sena, Kedah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah giat menjalankan rondaan dan pemantauan pencemaran alam sekitar di Negeri Kedah khususnya kawasan perindustrian sekitar Alor Setar, Kubang Pasu, Yan, Pendang dan Pokok Sena semasa hari cuti mingguan. Pemantauan ini bertujuan bagi mengesan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran kepada alam sekitar dan risiko gangguan kesihatan kepada orang awam berpunca daripada aktiviti pembakaran terbuka, pelupusan haram buangan terjadual, pelepasan efluen dan pelepasan bendasing ke udara oleh premis-premis yang tidak mematuhi had yang ditetapkan oleh JAS. Hasil rondaan dan pemantauan ini tiada pembakaran terbuka ditemui dan tiada kes-kes pencemaran dan kejadian yang tidak diingini dikesan. Pemasangan banner larangan pembakaran terbuka telah diletakkan di kawasan berpotensi melakukan pembakaran terbuka seperti tapak pelupusan sampah haram di sekitar kawasan rondaan. Komitmen berterusan Pasukan Penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah bagi membanteras punca - punca pencemaran seperti pelupusan haram buangan terjadual dapat dikawal dengan sepenuhnya pada tahap sifar bagi memastikan pematuhan yang baik demi kesejahteraan rakyat. Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab dalam melakukan jenayah alam sekitar dan tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Orang awam juga boleh menyalurkan maklumat dan melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian aduan JAS Kedah 012-4172832 atau talian bebas tol 1-800-88-2727 atau http://eaduan.doe.gov.my #NRES #jabatanalamsekitar #jaskedah #alamsekitartanggungjawabbersama
- Subjek
- Tahun
- 2025
- Tarikh Keluaran
- 09/05/2025
- Bahasa
- MY