Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- OPS GERAK KENDERAAN BERMOTOR NEGERI MELAKA
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- JAS MELAKA
- Lokasi
- MELAKA
Penerangan
16 MEI 2025, Lebuh AMJ Merlimau, Melaka- Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah menjalankan Ops Gerak dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bahagian Trafik, IPD Trafik Jasin bertempat di Lebuh AMJ Merlimau, Melaka.
Operasi ini melibatkan penguatkuasaan terhadap kenderaan diesel bagi pematuhan pelepasan asap.
Sebanyak 27 kenderaan telah diperiksa serta diuji dan 5 (lima) kompaun, 2 (dua) perintah larangan dan 7 (tujuh) notis arahan telah dikeluarkan di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Orang ramai diminta untuk membantu Jabatan Alam Sekitar dengan melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau email ke aduan_k@doe.gov.my dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.
.
#KementerianSumberAslidanKelestarianAlam
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasnegerimelaka