Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- OPERASI BERSEPADU JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR CAW. SEPANG BERSAMA MAJLIS PERBANDARAN KUALA LANGAT
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- JAS SELANGOR CAW. SEPANG
- Lokasi
- BANTING
Penerangan
7 Julai 2025, Banting – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor Cawangan Sepang telah menjalankan Operasi Bersepadu bersama Majlis Perbandaran Kuala Langat. Operasi bersepadu dijalankan susulan aduan yang diterima oleh Majlis Perbandaran Kuala Langat mengenai sebuah premis yang menjalankan aktiviti pembungkusan cat thermoplastic di Kawasan Banting, Selangor. Siasatan dijalankan bagi memastikan pematuhan premis terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
Laporkan sebarang kes-kes pencemaran kepada JAS di talian bebas tol: 1-800-88-2727 atau melalui e-aduan di eaduan@doe.gov.my. Manakala, aduan pembakaran terbuka juga boleh disalurkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 atau talian bebas tol 1-800-88-994 dan SMS 03-88880964.