Koleksi Gambar / Aktiviti
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- AUDIT KUALITI DALAMAN (AKD) ISO 9001:2015 KE ATAS JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN (JASNS)
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- JAS, IBU PEJABAT
- Lokasi
- SEREMBAN
Penerangan
7-8 Ogos 2025, Seremban – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah menerima audit kualiti dalaman (AKD) ISO 9001:2015 daripada pasukan audit dalaman yang dibentuk oleh JAS, Ibu Pejabat sebagai persediaan surveillance audit ISO 9001:2015 yang dijalankan oleh SIRIM ke atas JAS pada Bulan September 2025.
Audit Kualiti Dalaman (AKD) ISO 9001:2015 adalah proses sistematik dan bebas untuk menentukan sama ada aktiviti dan hasil berkaitan kualiti dalam organisasi mematuhi perancangan yang dirancang dan keperluan standard ISO 9001:2015. Ia juga membantu mengenalpasti peluang penambahbaikan dan memastikan keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS).