Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- LAPORAN RONDAAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN DI KAWASAN PERINDUSTRIAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR CAWANGAN SEPANG
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- JAS SELANGOR CAW. SEPANG
- Lokasi
- SEPANG
Penerangan
10 Ogos 2025 - Rondaan telah dijalankan di beberapa kawasan termasuk Salak Tinggi, Labohan Dagang, Bukit Changgang, Kampung Olak Lempit, Bandar Rimbayu dan Telok Panglima Garang bagi tujuan pencegahan pembakaran terbuka. Hasil rondaan mendapati tiada sebarang aktiviti pembakaran terbuka berlaku di lokasi-lokasi berkenaan.
Selain itu, pemantauan pencemaran turut dijalankan di kawasan perindustrian sekitar Telok Panglima Garang. Pemerhatian tidak mengesan sebarang pelepasan asap atau efluen yang mencurigakan daripada premis-premis yang diperiksa.