Koleksi Gambar / Aktiviti · Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- LAWATAN VERIFIKASI DAN PEMATUHAN PERATURAN-PERATURAN KUALITI ALAM SEKELILING (UDARA BERSIH) 2014 DI PETRONAS CHEMICALS DERIVATIVES SDN BHD
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- BAHAGIAN UDARA
- Lokasi
- TERENGGANU
Penerangan
20 Ogos 2025, Kertih – Bahagian Udara, Jabatan Alam Sekitar (JAS) & JAS Cawangan Kemaman telah melaksanakan lawatan verifikasi di Petronas Chemicals Derivatives Sdn. Bhd. bagi tujuan penilaian pemprosesan permohonan Lesen Pelanggaran di bawah Seksyen 22(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan 25, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014.
Verifikasi ini bertujuan memastikan tahap pematuhan industri terhadap piawaian pelepasan udara yang ditetapkan, di samping memperkukuh mekanisme penguatkuasaan berasaskan pendekatan bersepadu. Langkah ini sejajar dengan mandat JAS dalam memastikan keberkesanan kawalan pencemaran udara dan peningkatan tahap perlindungan alam sekitar secara berterusan. JAS menyeru pihak industri untuk terus bekerjasama dalam memastikan pematuhan undang-undang alam sekitar, demi kelestarian alam dan kesejahteraan rakyat.