Koleksi Gambar / Program Kesedaran
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- CERAMAH PENGURUSAN E-WASTE DI SK KUAK LUAR
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- sk kuak luar
- Lokasi
- kuak luar
Penerangan
24 September 2025, Ipoh- Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah dijemput oleh SK Kuak Luar untuk menyampaikan ceramah bertajuk Pengurusan E-Waste di Malaysia yang telah disampaikan oleh Pegawai Kawalan Kanan JAS Perak Puan Aini Oriza Binti Ramli.
Program pendidikan dan kesedaran pengurusan 'e-waste' ini merupakan salah satu usaha JAS untuk memberikan kesedaran kepada komuniti termasuklah institusi pendidikan agar bersama-sama memulihara alam sekitar selaras dengan slogan JAS iaitu “Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama”.
Jom hantar e-waste ke tempat pengumpulan yang berdaftar. Layari laman sesawang https://ewaste.doe.gov.my/ atau muat turun aplikasi 'MyEwaste' untuk mengetahui tempat pengumpulan yang terdekat.
"e-waste dikitar, bumi terpelihara"
#NRES
#hariozonsedunia2025
#Beatplasticpollution
#jabatanalamsekitar
#jasperak_september2025
#Harialamsekitarsedunia
#alamsekitartanggungjawabbersama
#perakbumilestari