PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Digital / Penerbitan & Media

Sebuah Syarikat pemprosesan skrap aluminium di Pasir Gudang telah didakwa bagi kegagalan pengurusan buangan terjadual yang dihasilkan iaitu dros yang mengandungi aluminium (SW104) sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dan juga ketidakpatuhan terhadap peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 di Mahkamah Sesyen 4, Johor Bahru pada 29 Oktober 2025. Pengarah Syarikat yang berusia 68 tahun yang mewakili Syarikat terbabit telah membuat pengakuan bersalah terhadap lapan (?? pertuduhan bagi kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dan 6 pertuduhan bagi kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 terhadap Syarikat. Tertuduh telah disabitkan kesalahan di hadapan Hakim, Dato' Che Wan Zaidi bin Che Wan Ibrahim dam dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM 284,000.00 telah dikenakan. Pihak industri adalah diingatkan agar sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan dibawahnya. Kegagalan pematuhan terhadap peruntukan Jabatan akan menyebabkan tindakan perundangan dikenakan ke atas Syarikat dan juga Pengarah Syarikat.

31/10/2025 6 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk

Subjek
JAS JOHOR
Tahun
2025
Bahasa
MY