Koleksi Gambar / Mesyuarat ยท Program Kesedaran
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- KUNJUNGAN HORMAT DAN LIBAT URUS JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI PAHANG BERSAMA AHLI JAWATANKUASA BALOK RIVER ADOPTION PROGRAMS (BRAP)
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang
- Lokasi
- Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang
Penerangan
Sesi Libat Urus melibatkan JAS Negeri Pahang dan Ahli Jawatankuasa BRAP telah diadakan di Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang dan dipengerusikan oleh YBrs. Encik Zakaria bin Ahmad @ Mohd, Pengarah JAS Negeri Pahang. Sesi Libat urus tersebut diketuai oleh Pengerusi BRAP iaitu Encik Kamauzzaman bin Zahari (Pengurus, Kaneka Malaysia Sdn. Bhd.) serta pegawai-pegawai yang mewakili lapan premis yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan yang merupakan ahli Jawatankuasa BRAP.
Sesi ini dipengerusikan oleh YBrs Encik Zakaria bin Ahmad @ Mohd, Pengarah JAS Negeri Pahang, membincangkan cadangan program-program yang akan dilaksanakan secara bersama dalam memberi kesedaran berkaitan kepentingan penjagaan alam sekitar kepada masyarakat setempat.
JAS Negeri Pahang sentiasa mengalu-alukan kerjasama pelbagai pihak dalam usaha melestarikan alam sekitar di negeri ini.