PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Bengkel

SEMINAR PENGURUSAN PEMBANGUNAN ALAM SEKITAR: POLISI STARTEGIK PENGUATKUASAAN TEGAS DAN PEMATUHAN TUNTAS

JAS SELANGOR 12/11/2025 5 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SEMINAR PENGURUSAN PEMBANGUNAN ALAM SEKITAR: POLISI STARTEGIK PENGUATKUASAAN TEGAS DAN PEMATUHAN TUNTAS
Tahun
2025
Organisasi
JAS SELANGOR
Lokasi
SHAH ALAM

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor (KESAS) telah mengadakan Seminar Pengurusan Pembangunan Alam Sekitar: Polisi Strategik Penguatkuasaan Tegas dan Tuntas pada 8 dan 9 Oktober 2025 bertempat di Hotel Concorde, Shah Alam. Seminar telah dirasmikan oleh YB. Puan Jamaliah binti Jamaluddin, EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Negeri Selangor. Seminar turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji Wandi Yadzid bin Haji Yaakob, Pengarah, JAS Negeri Selangor bersama-sama pegawai-pegawai kanan JAS Negeri Selangor. Seminar ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pemaju projek, perunding Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA), pegawai alam sekitar, orang yang berwibawa dan pihak-pihak yang berkepentingan berkaitan dasar, polisi dan pematuhan berkaitan EIA serta undang-undang yang sedang dikuatkuasakan di Negeri Selangor. Semoga dengan pelaksanaan seminar ini dapat meningkatkan pematuhan industri terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan dibawahnya.