PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti · Program Kesedaran · Pengurusan JAS

KUNJUNGAN HORMAT OLEH PETRA ENERGY BERHAD KE JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (JASWPL) TAHUN 2025

JAS WP LABUAN 20/11/2025 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KUNJUNGAN HORMAT OLEH PETRA ENERGY BERHAD KE JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (JASWPL) TAHUN 2025
Tahun
2025
Organisasi
JAS WP LABUAN
Lokasi
JAS WP LABUAN

Penerangan

18 Februari 2025, W.P. LABUAN – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL) telah menerima kunjungan hormat daripada pihak Petra Energy Berhad pada jam 10:00 pagi. Sesi ini merupakan sesi pengenalan antara pengurusan tertinggi Petra Energy Berhad dan pihak pengurusan JASWPL. Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan beberapa perkara berkaitan pengurusan Buangan Terjadual, memperkenalkan aktiviti utama yang dijalankan oleh pihak Petra Energy serta meneroka peluang kerjasama dalam penganjuran program-program kesedaran alam sekitar, khususnya melibatkan komuniti setempat di W.P. Labuan. JASWPL mengalu-alukan kerjasama strategik seperti ini dalam usaha bersama memelihara kelestarian alam sekitar. Adalah diharapkan perbincangan yang berlangsung dapat membawa manfaat kepada semua pihak dan menyumbang ke arah pembangunan yang mampan di wilayah ini.