PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2025 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

JAS WP KUALA LUMPUR 25/11/2025 6 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2025 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
Tahun
2025
Organisasi
DBKL
Lokasi
Taman Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur

Penerangan

Sabtu, 1 November 2025 – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah dijemput bersama-sama untuk menjayakan Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2025 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Majlis ini telah diadakan di Taman Tasik Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur dan turut dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif. Pelbagai aktiviti menarik berteraskan elemen kelestarian alam sekitar telah dianjurkan. Antaranya ialah EcoRace Hijau dan Sejahtera yang telah melibatkan penyertaan seramai 225 orang peserta, terdiri daripada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) serta beberapa kumpulan daripada komuniti awam. Terima kasih kepada pihak DBKL yang telah menjemput pihak JAS WPKL untuk turut serta dalam menjayakan sambutan kali ini. Semoga setiap usaha yang kita lakukan bersama seperti ini akan terus memupuk kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar untuk generasi akan datang. #NRES #HASN2025 #jabatanalamsekitar #jaswpkl #alamsekitartangggungjawabbersama #HariAlamSekitarNegara2025