PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti · Program Kesedaran

PROGRAM SAMBUTAN HARI MENANGANI KEGANASAN TERHADAP WANITA SEDUNIA (EVAW) 2025

JAS PAHANG 11/12/2025 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM SAMBUTAN HARI MENANGANI KEGANASAN TERHADAP WANITA SEDUNIA (EVAW) 2025
Tahun
2025
Organisasi
Jabatan Pembangunan Wanita (JPW)
Lokasi
Jabatan Alam Sekitar (JAS), Negeri Pahang

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang menyokong pelaksanaan Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita Sedunia (Elimination of Violence Against Women – EVAW) yang disambut pada 25 November setiap tahun, anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW). Tema tahun 2025 ialah _”UniTE to End Digital Violence Against All Women and Girls”, dengan warna rasmi oren yang melambangkan harapan terhadap masa depan bebas keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan. Sehubungan itu, JAS Negeri Pahang menyahut Kempen Orange The Nation, dengan menggalakkan pemakaian warna oren pada 25 November 2025 (Selasa) sebagai simbol sokongan terhadap usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu keganasan terhadap wanita.