Koleksi Gambar / Aktiviti
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM ENVIRO RACE 2025 ( PROGRAM SISIPAN SEMPENA HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2025) ANJURAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PAHANG
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang
- Lokasi
- Taman Bandar Kuantan, Pahang
Penerangan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang telah menganjurkan program sisipan sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) iaitu Enviro Race 2025 bertempat di Taman Bandar Kuantan. Program berbentuk fizikal dan pendidikan ini diadakan dengan objektif meningkatkan kesedaran serta pengetahuan peserta mengenai kepentingan pemeliharaan alam sekitar melalui pelbagai tugasan dan cabaran bertema kelestarian.
Program ini turut disertai oleh lima agensi kerajaan, iaitu Jabatan Meteorologi Malaysia, Jabatan Perhilitan, Jabatan Pertanian, Jabatan Kimia Malaysia dan SWCorp yang bersama-sama menjayakan aktiviti serta memberikan sokongan terhadap usaha memupuk semangat cintakan alam sekitar.
Sebanyak 12 kumpulan telah mengambil bahagian dan perlu melalui 10 checkpoint yang disediakan. Setiap checkpoint mengandungi tugasan yang menguji pengetahuan, kerjasama pasukan serta keupayaan peserta menyelesaikan cabaran secara kreatif dan berkesan.