Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- OPERASI BERSEPADU “OPS GERAK” JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PAHANG PERINGKAT KEBANGSAAN DENGAN KERJASAMA IBU PEJABAT KONTINJEN (IPK) PAHANG DAN JPJ PALOH HINAI, PAHANG
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang
- Lokasi
- Hentian R&R Paloh Hinai
Penerangan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang telah melaksanakan Operasi Bersepadu “OPS GERAK” peringkat kebangsaan dengan kerjasama Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pahang serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Paloh Hinai.
Pengarah JAS Negeri Pahang, YBrs. Encik Zakaria bin Ahmad @ Mohd, diiringi Puan Noor Shahniyati binti Ahmad Shukri, Timbalan Pengarah (Operasi), JAS Negeri Pahang, turut hadir dan menyertai pelaksanaan operasi tersebut.
Operasi ini dilaksanakan bagi memantau, mengesan serta mengambil tindakan terhadap kenderaan komersial dan persendirian yang tidak mematuhi peraturan di bawah perundangan alam sekitar, khususnya berkaitan kawalan pelepasan asap kenderaan sebagaimana diperuntukkan di bawah:
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996.
Pelaksanaan operasi ini bertujuan memastikan tahap pelepasan asap kenderaan berada dalam standard yang ditetapkan, seterusnya menyokong usaha kerajaan dalam meningkatkan kualiti udara dan menjaga kesejahteraan rakyat.