PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

PERBINCANGAN BERSAMA KECK SENG (M) BHD (MASAI PALM OIL MILL) MENGENAI CADANGAN PELAKSANAAN KAJIAN UNTUK MENINGKAT KEUPAYAAN SISTEM PENGOLAHAN SEDIA ADA DI PREMIS

- 19/12/2025 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PERBINCANGAN BERSAMA KECK SENG (M) BHD (MASAI PALM OIL MILL) MENGENAI CADANGAN PELAKSANAAN KAJIAN UNTUK MENINGKAT KEUPAYAAN SISTEM PENGOLAHAN SEDIA ADA DI PREMIS
Tahun
2025
Organisasi
Bahagian Penguatkuasa
Lokasi
Jabatan Alam Sekitar Ibu pejabat

Penerangan

Pihak Keck Seng (M) Bhd (Masai Palm Oil Mill) dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah hadir ke Bahagian Penguatkuasa, JAS Ibu Pejabat pada 25 November 2025 bagi membentangkan cadangan pelaksanaan kajian perintis (pilot study) di premis sedia ada. Sistem pengolahan efluen di premis pada masa ini merawat efluen daripada tiga premis berbeza, iaitu kilang kelapa sawit, kilang penapis (refinery) dan kilang supervitamin. Teknologi yang dicadangkan adalah penggunaan karbon teraktif (activated carbon) yang dibangunkan oleh MPOB. Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan keupayaan sistem pengolahan efluen sedia ada agar memenuhi kehendak perundangan bagi parameter-parameter di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis yang Ditetapkan) (Minyak Kelapa Sawit Mentah) 1977 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009.