Koleksi Gambar / Aktiviti
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PERBINCANGAN MENGENAI CADANGAN PEMASANGAN SISTEM TEKNOLOGI BAHARU BAGI TUJUAN PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN (R&D) DI SISTEM PENGOLAHAN EFLUEN SEDIA ADA KKS PAGOH DAN KKS SUA BETONG OLEH SD GUTHRIE BERHAD
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- Bahagian penguatkuasa
- Lokasi
- Jabatan Alam Sekitar Ibu pejabat
Penerangan
Pada 24 November 2025, pihak SD Guthrie Berhad telah membentangkan dua (2) cadangan pemasangan sistem teknologi baharu bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan (R&D) ke atas sistem pengolahan efluen sedia ada di KKS Sua Betong, Negeri Sembilan dan KKS Pagoh, Johor.
Bagi KKS Pagoh, R&D yang dicadangkan bertujuan untuk meningkatkan keupayaan sistem pengolahan efluen sedia ada melalui pemasangan polishing treatment bagi memperoleh bacaan pH yang lebih stabil, mencapai jumlah pepejal terampai (SS) di bawah 200 mg/L serta melaksanakan pemantauan data secara digital melalui automated system.
Bagi KKS Sua Betong, R&D yang dicadangkan melibatkan pembangunan loji perintis Zero Liquid Discharge (ZLD) bagi mencapai tahap pematuhan yang lebih ketat (Standard A di bawah Peraturan EP), di samping membolehkan air terawat digunakan semula di dandang sebagai boiler feed water.