PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

CERAMAH KEPENTINGAN ALAM SEKITAR DI SK SENIBONG, BAU, SARAWAK

JAS SARAWAK 19/12/2025 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
CERAMAH KEPENTINGAN ALAM SEKITAR DI SK SENIBONG, BAU, SARAWAK
Tahun
2025
Organisasi
JAS Sarawak
Lokasi
Bau, Sarawak

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sarawak telah menerima jemputan daripada Sekolah Kebangsaan Senibong, Bau, Sarawak bagi menyampaikan ceramah berkaitan kesedaran alam sekitar pada 27 November 2025. Ceramah bertajuk kepentingan alam sekitar merangkumi aspek pencemaran air, udara dan e-waste telah disampaikan oleh Puan Siti Zahirah binti Zahari dan telah dihadiri oleh murid-murid SK Senibong seramai 70 murid. Satu sesi kuiz diadakan berselang-seli dengan ceramah bagi menguji minda para murid dan menarik perhatian mereka. Semoga perkongsian ini dapat meningkatkan kesedaran dan memupuk amalan positif menjaga alam sekitar secara lestari di Negeri Sarawak. Selain itu, JAS Sarawak turut dijemput untuk mengadakan pameran kesedaran alam sekitar pada hari yang sama. Pameran tersebut memberi tumpuan kepada promosi pengurusan sisa buangan elektrik dan elektronik (e-waste). Para murid juga berpeluang mencuba alat Virtual Reality (VR) dan pendaftaran ahli Rakan Alam Sekitar (RAS) juga turut diadakan semasa program berlangsung.