Koleksi Gambar / Aktiviti ยท Bengkel
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- SESI PEMBANGUNAN MODAL INSAN BERKENAAN SISTEM KAWALAN PENCEMARAN UDARA (SKPU)
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- JAS Sarawak
- Lokasi
- Kuching, Sarawak
Penerangan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak telah mengadakan sesi pembangunan modal insan iaitu sesi taklimat dan perkongsian ilmu di antara JAS Sarawak dan jururunding KT Dynamic Sdn. Bhd pada 20 November 2025 bertempat di JAS Sarawak. Sesi ini adalah bertujuan bagi menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran teknikal di kalangan pegawai JAS.
Sesi ini dihadiri oleh pegawai-pegawai Bahagian Pembangunan JAS Sarawak dan pihak jururunding diketuai oleh Pengurus Besar, Ts Lim Jia Liang. Sesi ini adalah memfokuskan kepada topik kawalan pencemaran udara. Ketua Penolong Pengarah, Ts Mirza bin Zainudin telah menyampaikan taklimat bertajuk Peraturan- Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014. Manakala pihak jururunding iaitu En. Cyprian Bong menyampaikan taklimat berkenaan sistem kawalan pencemaran udara (SKPU). Sesi ini juga turut membincangkan isu-isu terkini berkaitan SKPU.