Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN KILANG PIROLISIS TAYAR
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- JAS JOHOR
- Lokasi
- ULU TIRAM, JOHOR
Penerangan
8 & 9 Disember 2025, Ulu Tiram, Johor : Susulan aduan awam, pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor (Unit JB Tengah) telah menjalankan siasatan aduan ke atas sebuah premis kitar semula tayar terpakai yang menyebabkan pencemaran bau.
Premis didapati gagal mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 di mana sistem kawalan pencemaran udara gagal berfungsi dengan baik dan terdapat pengeluaran pencemar udara yang ketara.
Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah dikenakan bagi memberhentikan aktiviti yang menyebabkan pengeluaran pencemar udara. Premis diarahkan untuk mengambil langkah penambahbaikan terhadap sistem kawalan pencemaran udara.