PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Mesyuarat

Program Sesi Ramah Mesra Komuniti Bersama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang

MBPG 16/12/2025 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Program Sesi Ramah Mesra Komuniti Bersama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang
Tahun
2025
Organisasi
MBPG
Lokasi
PASIR GUDANG, JOHOR

Penerangan

6 Disember 2025, Pasir Gudang : Program sesi ramah mesra Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang bersama komuniti telah diadakan di Dewan Serbaguna, Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Pasir Gudang pada hari ini, jam 8.30 pagi. Aturcara program termasuk taklimat pembangunan dan pencapaian MBPG dan Sesi Dialog bersama Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil. Isu-isu yang dibangkitkan antaranya berkaitan pengurusan sisa pepejal dan pembangunan ekopelancongan. Program disusuli dengan taklimat Kesedaran Undang-Undang dan Pengurusan Aduan oleh Pegawai MBPG serta taklimat Tatacara Penggunaan Respons Rakyat oleh Pegawai Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri. Pegawai JAS Johor turut hadir program ini iaitu Puan Norhafidah binti Abu, Ketua Cawangan JAS Cawangan Pasir Gudang dan Encik Saifuddin bin Othman, Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar.