PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

RONDAAN HUJUNG MINGGU JAS JOHOR CEKUP KILANG MENCEMAR

JAS JOHOR 16/12/2025 2 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN HUJUNG MINGGU JAS JOHOR CEKUP KILANG MENCEMAR
Tahun
2025
Organisasi
JAS JOHOR
Lokasi
JOHOR BAHRU

Penerangan

19 Julai 2025, JOHOR BAHRU- Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menjalankan rondaan hujung minggu di kawasan industri & rondaan operasi mencegah pembakaran terbuka di sekitar Kawasan Perindustrian Tebrau III, Johor Bahru. Semasa rondaan industri dijalankan, pasukan penguatkuasa telah mengenalpasti premis pembuatan elektronik ini tidak mematuhi Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009. Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) telah dibuat di bawah Seksyen 38 (1)(a), Akta 127 bagi premis mengambil langkah kawalan & menghentikan pencemaran serta-merta. 'ALAM SEKITAR, TANGGUNGJAWAB BERSAMA'