PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Pengurusan JAS

JAS JOHOR TERIMA PENGANUGERAHAN 5 BINTANG PROJEK AI

Kerajaan Negeri Johor 16/12/2025 2 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS JOHOR TERIMA PENGANUGERAHAN 5 BINTANG PROJEK AI
Tahun
2025
Organisasi
Kerajaan Negeri Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

Tahniah Pasukan MyBT JAS Negeri Johor di atas Penganugerahan 5 Bintang Projek Ai. Projek ChatBot MyBT yang dihasilkan oleh pegawai-pegawai JAS Negeri Johor telah diberi Pengiktirafan 5 Bintang semasa Majlis Penganugerahan Inovasi Johor 2025 anjuran Kerajaan Negeri Johor. Sijil telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji On bin Jabbar @Jaafar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia & Sukarelawan). ChatBot yang dihasilkan dapat membantu menjawab pertanyaan orang awam, pihak industri dan pelabur mengenai pengurusan buangan terjadual mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan Peraturan-peraturan berkaitan serta garis panduan yang perlu dipatuhi. MyBT juga dapat mempercepatkan pegawai penguatkuasa JAS membuat siasatan dan pengkelasan kategori (Kod) buangan terjadual berdasarkan Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dan kerja-kerja forensik alam sekitar.