Koleksi Digital / Laporan & Dokumen
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Sebuah Syarikat berasaskan makanan di Pontian telah didakwa bagi pelepasan efluen bercampur yang melebihi had yang ditetapkan sebagaimana yang ditetapkan di bawah Peraturan 11(1)(b) dan Peraturan 12(b), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 di Mahkamah Sesyen 4, Johor Bahru pada 11 Disember 2025. Pengarah Syarikat yang berusia 42 tahun yang mewakili Syarikat terbabit telah membuat pengakuan bersalah terhadap empat (4) pertuduhan bagi kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 terhadap Syarikat. Tertuduh telah disabitkan kesalahan di hadapan Hakim, Dato' Che Wan Zaidi bin Che Wan Ibrahim dan dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM 150,000.00. Pihak industri adalah diingatkan agar sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan dibawahnya. Kegagalan pematuhan terhadap peruntukan Jabatan akan menyebabkan tindakan perundangan dikenakan ke atas Syarikat dan juga Pengarah Syarikat.
- Subjek
- Tahun
- 2025
- Bahasa
- MY