PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPERASI GERAK KENDERAAN BERMOTOR PERINGKAT KEBANGSAAN SEMPENA SAMBUTAN HARI OZON SEDUNIA 2025 YANG DILAKSANAKAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PERAK DENGAN KERJASAMA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN NEGERI PERAK.

JAS PERAK 19/12/2025 3 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI GERAK KENDERAAN BERMOTOR PERINGKAT KEBANGSAAN SEMPENA SAMBUTAN HARI OZON SEDUNIA 2025 YANG DILAKSANAKAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PERAK DENGAN KERJASAMA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN NEGERI PERAK.
Tahun
2025
Organisasi
jas perak
Lokasi
gopeng

Penerangan

04 Disember 2025, Gopeng– Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah menjalankan Operasi Bersepadu Peringkat Kebangsaan bersempena Sambutan Hari Ozon Sedunia 2025. Operasi ini dijalankan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (Unit Peronda Lebuh Raya), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan PLUS sebagai usaha bersepadu dalam menguatkuasakan undang-undang berkaitan berkaitan kenderaan bermotor. Seramai 7 orang pegawai dan 47 anggota terdiri daripada pelbagai agensi terlibat dalam operasi ini, terdiri daripada 14 anggota JAS, 14 anggota Unit Peronda Lebuh Raya ( PDRM) , 7 anggota JPJ serta 3 anggota AADK. Operasi bersepadu ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Mohammad Ezanni bin Mat Salleh , Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak. Sepanjang pelaksanaan operasi, JAS telah menjalankan 141 ops catat, , 70 pemeriksaan visual dan 12 ujian menggunakan mesin terhadap kenderaan diesel. Hasil pemeriksaan tersebut sebanyak 3 Notis Arahan dan 2 kompaun dikeluarkan kepada pemilik kenderaan yang gagal mematuhi piawaian pelepasan asap hitam yang ditetapkan. Unit Peronda Lebuh Raya ( PDRM ) telah menjalankan pemeriksaan terhadap 54 pengguna jalan raya dan mengeluarkan 54 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas yang dikenal pasti sepanjang operasi seperti memandu lmelebihi had laju dan tiada no plat kenderaan. Sementara itu, JPJ telah melakukan pemeriksaan dan mengeluarkan 41 sama dikeluarkan semasa pemeriksaan dijalankan. Pihak AADK turut melaksanakan 7 ujian saringan terhadap individu yang diperiksa dan tiada yang positif menggunakan bahan terlarang. Pelaksanaan Operasi Bersepadu ini bertujuan memastikan pematuhan terhadap Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996, di samping meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan memelihara kualiti udara dan menggalakkan budaya tanggungjawab bersama dalam penjagaan alam sekitar. JAS Negeri Perak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua agensi yang terlibat dengan operasi bersepadu yang dilaksanakan dalam usaha menangani isu pencemaran udara yang disebabkan oleh kenderaan bermotor.