PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

KEJOHANAN PING PONG BERPASUKAN (BEREGU) ANTARA AGENSI KERAJAAN 2025

JAS PERAK 19/12/2025 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KEJOHANAN PING PONG BERPASUKAN (BEREGU) ANTARA AGENSI KERAJAAN 2025
Tahun
2025
Organisasi
iwk
Lokasi
taiping

Penerangan

13 Disember 2025, Taiping – Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah menyertai Kejohanan Ping Pong Berpasukan (Beregu) Antara Agensi Kerajaan 2025 yang telah dianjurkan oleh pihak Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) Taiping bertempat di Dewan Serbaguna, Loji Rawatan Kumbahan Serantau Assam Kumbang, Lot 12878, Persiaran Paduka Setia, Kampung Boyan, 34000 Taiping, Perak. Kejohanan ini disertai bersama oleh IWK Taiping, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak, Jabatan Alam Sekitar Perak (JAS) Perak dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Perak. Penganjuran kejohanan ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim, memupuk semangat kesukanan dan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja setiap agensi yang terlibat. #NRES #Beatplasticpollution #jabatanalamsekitar #jasperak_disember2025 #alamsekitartanggungjawabbersama #perakbumilestari