Koleksi Gambar / Program Kesedaran
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLING WOE TNB BERSAMA AGENSI-AGENSI KAWAL SELIA NEGERI PERAK
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- tnb
- Lokasi
- ipoh
Penerangan
12 Disember 2025,IPOH – Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah dijemput untuk menyertai Perlawanan Persahabatan Boling WOE TNB Bersama Agensi-Agensi Kawal Selia Negeri Perak yang telah dianjurkan oleh Tenaga Nasional Berhad ( TNB) bertempat di Ipoh Bowl Aeon Kinta City.
Kejohanan ini disertai bersama oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak, Jabatan Alam Sekitar Perak (JAS) Perak, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak serta Majlis Bandaraya Ipoh yang turut sama dijemput memeriahkan perlawanan persahabatan ini.
Penganjuran kejohanan ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim, memupuk semangat kesukanan dan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja setiap agensi yang terlibat.
Tahniah kepada yang menang dan semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang.
#NRES
#Beatplasticpollution
#jabatanalamsekitar
#jasperak_disember2025
#alamsekitartanggungjawabbersama
#perakbumilestari