PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Pengawasan

SESI PEMERIKSAAN SUSULAN ADUAN – ISU PENCEMARAN SUNGAI RUI, GRIK, PERAK

- 19/12/2025 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SESI PEMERIKSAAN SUSULAN ADUAN – ISU PENCEMARAN SUNGAI RUI, GRIK, PERAK
Tahun
2025
Organisasi
Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Alam Sekitar (JAS)
Lokasi
Sungai Rui, Grik, Perak

Penerangan

Tarikh: 25–27 November 2025 Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengadakan lawatan pemeriksaan susulan berhubung isu pencemaran di Sungai Rui, Grik, Perak. Lawatan ini dijalankan secara bersepadu bersama agensi berkaitan ke atas premis yang disyaki terlibat, bertujuan untuk mengumpul maklumat operasi, memeriksa pengurusan bahan kimia dan buangan, serta menyediakan cadangan penambahbaikan bagi menangani isu pencemaran sungai. Aktiviti lawatan merangkumi pemeriksaan tapak dan mesyuarat koordinasi, bagi memastikan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan dapat dilaksanakan secara sistematik. Lawatan ini juga bertujuan untuk menyelaraskan tindakan penguatkuasaan dan dokumentasi dapatan untuk tindakan susulan Jabatan. Inisiatif ini menunjukkan komitmen JAS dalam memelihara kualiti air sungai, meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan, dan menyokong usaha bersepadu menangani pencemaran sungai di peringkat negeri dan persekutuan.