PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPERASI BERSEPADU (OP KRISMAS) YANG DISERTAI JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI JOHOR

Polis Johor dan Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Johor 29/12/2025 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI BERSEPADU (OP KRISMAS) YANG DISERTAI JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI JOHOR
Tahun
2025
Organisasi
Polis Johor dan Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Johor
Lokasi
JOHOR BAHRU

Penerangan

ohor Bahru, 24 Disember 2025, Unit Kenderaan Bermotor (UKB) Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor menyertai Operasi Bersepadu (Op Krismas) yang dijalankan bersama Polis Johor dan Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Johor. Operasi bermula pada jam 10.00 malam dan berakhir sekitar 5.00 pagi itu dijalankan dengan tumpuan kepada motosikal yang telah diubah suai yang berpotensi menyumbang kepada pencemaran udara. Sebanyak 52 buah motosikal telah ditahan dan diuji tahap pelepasan bunyi bising. Pemilik motosikal yang gagal mematuhi standard pelepasan bunyi bising yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987, sebanyak 12 kompaun dan 14 Notis arahan telah dikeluarkan kepada pemilik motosikal terbabit. Pelaksanaan operasi ini mencerminkan komitmen berterusan JAS Johor dalam memperkukuh penguatkuasaan undang-undang alam sekitar serta meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan penyelenggaraan kenderaan bagi mengurangkan pencemaran udara. Melalui kerjasama erat antara agensi penguat kuasa, usaha ini diharap dapat meningkatkan pematuhan dan seterusnya menyumbang kepada kualiti udara yang lebih bersih dan sihat.