Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- ADUAN AWAM - KEGAGALAN ALAT KAWALAN PENCEMARAN UDARA DIPREMIS, TINDAKAN PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN (POK) DIKENAKAN
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- JAS JOHOR
- Lokasi
- KULAI
Penerangan
24 DISEMBER 2025, KULAI, JOHOR - Pasukan penguatkuasa Unit Penguatkuasaan Industri (JB Barat) telah bertindak pantas atas aduan awam melalui media sosial Facebook Community Roda Johor - CRJ pada 23 Disember 2025 berkaitan video habuk daripada sebuah premis jenis batching dan precast pagi ini dikawasan Taman Perindustrian Senai.
https://www.facebook.com/share/r/1Etm6Z8pUG/
Tindakan POK di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah diambil untuk memberhentikan semua proses di silo yang didapati sistem saluran dan alat kawalan pencemaran silo bocor dan tidak diselenggara sebagaimana garis panduan ditetapkan.
Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.