Koleksi Gambar / Aktiviti
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- TAKLIMAT KERJAYA DI HARI PROFESION TEKNIKAL NEGARA ANJURAN JKR NEGERI SEMBILAN
- Tahun
- 2025
Penerangan
3 Disember 2025, Port Dickson - Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) telah dijemput untuk menyampaikan Taklimat Kerjaya sempena Hari Profesion Teknikal Negara anjuran Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan yang diadakan di Politeknik Port Dickson. Taklimat ini telah dihadiri oleh para pelajar sekolah menengah bagi memberi pendedahan awal tentang bidang teknikal dalam sektor awam. Dalam taklimat ini, pelajar diterangkan mengenai kelayakan untuk menjadi Pegawai JAS, termasuk laluan pengajian yang sesuai serta kemahiran yang diperlukan. Selain itu, taklimat turut menyentuh hala tuju kerjaya dalam bidang alam sekitar dan teknikal, dengan harapan dapat memupuk minat pelajar untuk merancang masa depan dalam profesion yang berperanan penting terhadap pembangunan negara dan kelestarian alam.