Koleksi Gambar / Program Kesedaran
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Pameran sempena Sustainbility Booth Activation di Menara KPJ, Kuala Lumpur
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- KPJ Healthcare Berhad
- Lokasi
- Menara KPJ, Kuala Lumpur.
Penerangan
10 DISEMBER 2025, KUALA LUMPUR - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah dijemput oleh KPJ Healthcare Berhad untuk menyertai pameran sempena Sustainbility Booth Activation di Menara KPJ, Kuala Lumpur.
JAS WPKL telah mengadakan pameran e-waste (sisa eletronik) serta membuka kaunter pendaftaran Rakan Alam Sekitar (RAS). Tujuan inisiatif ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang isu pengurusan e-waste dan peranan RAS dalam mengekalkan kelestarian alam sekitar.
Tujuan penglibatan JAS WPKL dalam program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan keprihatinan semua orang tentang pentingnya penjagaan alam sekitar. Ia juga membantu dalam meningkatkan kerjasama untuk mewujudkan tempat kerja yang lebih selamat, bersih dan lestari.
Jabatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen dan sokongan dalam menjayakan usaha melestarikan alam sekitar.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswpkl
#jaswpkualalumpur