Koleksi Gambar / Aktiviti · Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- OPS GERAK KENDERAAN BERMOTOR PERINGKAT KEBANGSAAN SEMPENA HARI OZON 2025
- Tahun
- 2025
Penerangan
9 Disember 2025, Nilai - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan JAS Negeri Sembilan hari ini telah melaksanakan OPS GERAK bertempat di Plaza Tol Nilai, Negeri Sembilan. Operasi kali ini turut disertai oleh badan – badan penguatkuasa dan agensi yang lain seperti Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Konsesi Tol iaitu PLUS Malaysia Berhad. Operasi ini dijalankan bersempena dengan Sambutan Hari Ozon Sedunia yang disambut pada 16 September 2025 setiap tahun dan di peringkat Negeri Sembilan telah disambut pada 14 Oktober 2025 yang lalu. Melalui operasi ini JAS Negeri Sembilan mengambil langkah inisiatif awal bagi mengawal pencemaran udara yang boleh menjejaskan kualiti udara dan juga lapisan ozon. Operasi ini juga adalah sebagai amaran dan peringatan kepada semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan.