PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

PROGRAM SERAHAN KAMPUNG ANGKAT MADANI JAS 2025

JAS NEGERI SEMBILAN 29/12/2025 3 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM SERAHAN KAMPUNG ANGKAT MADANI JAS 2025
Tahun
2025

Penerangan

13 Disember 2025, Linggi – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah menghadiri Program Serahan Kampung Angkat MADANI JAS 2025 di Linggi yang dilaksanakan dengan jayanya melalui pelbagai pengisian aktiviti bersama komuniti setempat. Program KAM JAS ini merangkumi 22 projek dan program di bawah lima skop utama iaitu: Pusat Advokasi Alam Sekitar, Sekolah Lestari, Masjid Lestari, Dewan Orang Ramai & Balai Raya Lestari serta Gotong-Royong Lestari. Antara inisiatif utama termasuk pemasangan sistem solar, naik taraf kemudahan komuniti dan program pendidikan serta kesedaran alam sekitar melalui kerjasama bersepadu pelbagai agensi dan pihak berkepentingan.Antara aktiviti yang dijalankan termasuk lawatan di sekitar kawasan kampung, pertandingan mewarna kanak-kanak serta majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang. Program ini telah disempurnakan dengan majlis perasmian penutupan oleh Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar, YBhg. Dato’ Wan Abd Latif bin Wan Jaffar, sekali gus melambangkan komitmen Jabatan Alam Sekitar dalam memperkukuh kerjasama bersama masyarakat serta memupuk kesedaran terhadap pemeliharaan alam sekitar.