PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti ยท Program Kesedaran

PROGRAM PENGUMPULAN BUANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK ISI RUMAH (HOUSEHOLD E-WASTE) PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

JAS NEGERI SEMBILAN 29/12/2025 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM PENGUMPULAN BUANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK ISI RUMAH (HOUSEHOLD E-WASTE) PERINGKAT NEGERI SEMBILAN
Tahun
2025

Penerangan

24 Disember 2025, Gemas - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan dengan kerjasama Majlis Daerah Tampin telah menganjurkan Program Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik Isi Rumah (Household E-Waste) Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2025 yang bertempat di Dataran Gemas, Negeri Sembilan. Program ini merupakan salah satu inisiatif yang diwujudkan bagi menggalak dan membantu masyarakat awam untuk menguruskan sisa elektrik dan elektronik secara lestari dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan kitar semula. JAS Negeri Sembilan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program berbentuk kesedaran alam sekitar dan menyokong usaha pelbagai pihak dalam menjalankan program pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. "E-WASTE DIKITAR, BUMI TERPELIHARA"