PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPERASI BERSEPADU (OP AMBANG TAHUN BARU 2026) YANG DISERTAI JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI JOHOR

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor, Polis Kontijen Johor, Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Johor 05/01/2026 4 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI BERSEPADU (OP AMBANG TAHUN BARU 2026) YANG DISERTAI JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI JOHOR
Tahun
2026
Organisasi
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor, Polis Kontijen Johor, Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Johor
Lokasi
JOHOR BAHRU

Penerangan

Seri Alam, 31 Disember 2025, Unit Kenderaan Bermotor (UKB) Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor menyertai Op Ambang Tahun Baru 2026 yang dijalankan bersama Polis Kontijen Johor dan Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Johor. Operasi bermula pada jam 10.00 malam dan berakhir sekitar jam 1.00 pagi itu dijalankan dengan tumpuan kepada motosikal yang telah diubah suai yang berpotensi menyumbang kepada pencemaran udara. Sebanyak 50 buah motosikal telah ditahan dan diuji tahap pelepasan bunyi bising. Sebanyak 6 kompaun dan 10 Notis arahan telah dikeluarkan kepada Pemilik motosikal yang gagal mematuhi standard pelepasan bunyi bising yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987. Pelaksanaan operasi ini mencerminkan komitmen berterusan JAS Johor dalam memperkukuh penguatkuasaan undang-undang alam sekitar serta meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan penyelenggaraan kenderaan bagi mengurangkan pencemaran udara. Melalui kerjasama erat antara agensi penguat kuasa, usaha ini diharap dapat memperkukuh pematuhan dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan kualiti udara yang lebih bersih dan sihat.