PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN PREMIS PEMBUATAN CAT

JAS JOHOR 05/01/2026 7 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN PREMIS PEMBUATAN CAT
Tahun
2026
Organisasi
JAS JOHOR
Lokasi
Ulu Tiram, Johor

Penerangan

2 Januari 2026, Ulu Tiram, Johor – Susulan aduan awam, pasukan Penguatkuasa JAS Negeri Johor (Unit JB Tengah) telah menjalankan siasatan terhadap sebuah premis pembuatan cat yang didapati membuang sisa cat ke longkang awam. Siasatan mendapati kesan sisa cat di longkang premis dan longkang awam. Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah dikenakan bagi menghentikan pencemaran, dan premis diarahkan mengambil langkah pembersihan. Semua premis industri diingatkan supaya sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Tindakan tegas akan diambil terhadap sebarang kesalahan yang mencemarkan alam sekitar.