Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- SIASATAN ADUAN HABUK DARI PREMIS
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- JAS JOHOR
- Lokasi
- Pasir Gudang
Penerangan
8 Januari 2026, Pasir Gudang - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor Cawangan Pasir Gudang menjalankan siasatan terhadap aduan orang awam mengenai aduan pelepasan habuk daripada premis.
Hasil pemeriksaan mendapati, sistem kawalan pencemaran udara premis gagal beroperasi sehingga menyebabkan pelepasan habuk ketara ke persekitaran. Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) telah dijalankan dan arahan dikeluarkan kepada premis bagi membuat tindakan penambahbaikan seperti yang telah diarahkan.
Pihak industri diingatkan agar sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan tidak menyebabkan apa-apa pencemaran kepada alam sekeliling.