PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN PREMIS PERCETAKAN

JAS JOHOR 19/01/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN PREMIS PERCETAKAN
Tahun
2026
Organisasi
JAS JOHOR
Lokasi
JOHOR BAHRU

Penerangan

14 Januari 2026, Johor Bahru, Johor : Susulan aduan awam, pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor (Unit JB Tengah) telah menjalankan siasatan ke atas sebuah premis percetakan yang menyebabkan pelepasan habuk. Premis didapati gagal mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 di mana beroperasi tanpa sistem kawalan pencemaran udara bagi mengawal pengeluaran habuk daripada aktiviti pemotongan kertas. Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah dikenakan bagi menghentikan pencemaran. Semua premis diingatkan supaya sentiasa mematuhi kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya dan tindakan tegas akan diambil sekiranya berlaku kesalahan yang mencemarkan alam sekitar.