Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN PREMIS PEMBUATAN PERABOT
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- JAS JOHOR
- Lokasi
- JOHOR BAHRU
Penerangan
14 Januari 2026, Johor Bahru, Johor : Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor telah mengambil tindakan tegas ke atas sebuah premis pembuatan perabot di Johor Bahru berikutan aduan awam tentang pelepasan habuk.
Hasil siasatan mendapati premis ini gagal mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014, di mana sistem kawalan pencemaran udara bagi aktiviti powder coating didapati gagal berfungsi dengan baik.
Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah dikenakan serta merta bagi menghentikan punca pencemaran.
Semua premis diingatkan supaya sentiasa mematuhi kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya dan tindakan tegas akan diambil sekiranya berlaku kesalahan yang mencemarkan alam sekitar.