PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPERASI BERSEPADU (OP BUNYI BISING MOTOSIKAL DAN KENDERAAN PERDAGANGAN) YANG DISERTAI JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI JOHOR

JAS JOHOR 19/01/2026 2 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI BERSEPADU (OP BUNYI BISING MOTOSIKAL DAN KENDERAAN PERDAGANGAN) YANG DISERTAI JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI JOHOR
Tahun
2026
Organisasi
JAS JOHOR
Lokasi
SEGAMAT

Penerangan

Segamat, 14 Januari 2026, Unit Kenderaan Bermotor (UKB) Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor menyertai Op Bunyi Bising Motosikal dan Kenderaan Perdagangan yang dijalankan bersama Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat. Operasi yang dijalankan dengan tertumpu kepada kenderaan perdagangan dan motosikal yang telah diubah suai yang berpotensi menyumbang kepada pencemaran udara. Sebanyak 15 buah motosikal telah ditahan dan diuji tahap pelepasan bunyi bising dan 52 kenderaan berenjin diesel diperiksa sepanjang operasi ini. Sebanyak 10 kompaun dan 19 Notis Arahan telah dikeluarkan kepada Pemilik kenderaan yang gagal mematuhi standard pelepasan. Pelaksanaan operasi ini mencerminkan komitmen berterusan JAS Johor dalam memperkukuh penguatkuasaan undang-undang alam sekitar serta meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan penyelenggaraan kenderaan bagi mengurangkan pencemaran udara. Melalui kerjasama erat antara agensi penguat kuasa, usaha ini diharap dapat memperkukuh pematuhan dan seterusnya menyumbang kepada kualiti udara yang lebih bersih dan sihat.