Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA DAN OPERASI PENCEMARAN OLEH JAS PERAK
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- JAS PERAK
- Lokasi
- IPOH
Penerangan
18 Januari 2026, Ipoh - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Perak telah menerima aduan pembakaran terbuka di beberapa lokasi. Aktiviti pembakaran terbuka adalah bertujuan pembersihan kawasan yang dikhuatiri mengganggu ketenteraman penduduk sekitar. Sehubungan itu, arahan tegas serta merta bagi menghentikan pembakaran telah diberikan dan pemilik tanah akan dikenakan tindakan lanjut selaras dengan peruntukan perundangan di bawah AKAS 1974.
Selain itu, pasukan penyiasat juga melakukan pemantauan terhadap premis yang berpotensi mencemarkan alur air dan udara. Pemantauan sungai bagi kawasan penerima pelepasan effluent juga telah dibuat agar memastikan tiada pencemaran berlaku di alur air awam.
Orang ramai adalah digalakkan menyalurkan aduan berkaitan pencemaran alam sekitar talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke aduan_k@doe.gov.my atau ke portal aduan https://eaduan@doe.gov.my.
#NRES
#hariozonsedunia2026
#Beatplasticpollution
#jabatanalamsekitar
#jasperak_januari2026
#Harialamsekitarsedunia
#alamsekitartanggungjawabbersama
#perakbumilestari