PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPERASI STATIK BERSEPADU 'OPS GERAK' KENDERAAN DIESEL JAS SELAANGOR - 20260115

JAS SELANGOR 22/01/2026 2 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI STATIK BERSEPADU 'OPS GERAK' KENDERAAN DIESEL JAS SELAANGOR - 20260115
Tahun
2026
Organisasi
JAS SELANGOR
Lokasi
KUALA LANGAT

Penerangan

Operasi Statik Bersepadu “Ops Gerak” telah dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor bersama Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Daerah Kuala Langat, Selangor pada 15 Januari 2026 di Plaza Tol Telok Panglima Garang. Sebanyak 261 buah kenderaan berenjin diesel pelbagai jenis telah diperiksa. Daripada jumlah tersebut, 59 buah kenderaan telah ditahan untuk saringan asap secara visual dan tiga (3) buah kenderaan telah ditahan untuk pengujian asap menggunakan smoke meter. Sebuah kenderaan diesel didapati gagal mematuhi had 50% pelepasan asap hitam sepertimana yang ditetapkan di bawah Peraturan 11(1), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996. Notis Arahan pemeriksaan semula di PUSPAKOM di bawah Seksyen 48A(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 turut dikeluarkan ke atas pemilik kenderaan tersebut.